BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 4 Ogos 2011

Ramadhan muncul lagi.....

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramdhan, agar dapat kita memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan mulia ini....

Takrif Solat Terawih

Menurut Bahasa : Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.

Menurut Istilah   : Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas Isya' dan berakhir dengan masuk waktu Subuh, tidak termasuk sunat Ratibah Isya' dan solat Witir.

Dinamakan Terawih kerana orang melakukanya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam)

Solat Terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah dari Al-Quran.

Waktu Melakukan Solat Terawih


Sebagaimana Hadis Rasulullah : " Sesiapa yang berdiri (Beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang lepas. " Sahih Muslim
Berdasarkan hadis ini, tempoh menunaikan solat Terawih ialah sesudah masuk waktu solat Isya' sehingga sebelum waktu solat Subuh. Ini bererti sesiapa yang tidak dapat melakukanya pada awal malam maka bolehlah melakukanya pada pertengahan atau akhir malam

Hukum Solat Terawih


Solat Terawih hukumnya sunat Mu'akad, iaitu amalan sunat yang sangat dituntut. Rasulullah SAW telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat dan tidak wajib.

Ahad, 31 Julai 2011

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

1. Taat kepada Allah SWT
     Seseorang itu menjadi cemerlang bukanlah kerana usaha, doa dan tawakkalnya kepada Allah SWT semata-mata. Ramai orang yang belajar dan bertindak dengan bersungguh-sungguh dan berdoa tetapi tidak mendapat kejayaan yang diharapkan.Kejayaan dan kecermelangan adalah anugerah dan rahmat daripada Allah SWT. Jesteru itu, kita mesti taat mengerjakan semua perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.Mudah-mudahan dengan cara ini kita akan dianugerahkan kecermelangan yang kita harapkan.

2. Menghormati dan menyayangi kedua ibu bapa
    Pesan Rasulullah SAW: " Barangsiapa yang tidak mendoakan kedua orang tua mereka maka akan tertutup pintu rezeki"
    Lantaran itu, setiap pelajar harus menghormati ibu bapa dengan mendoakan mereka, patuh kepada suruhan dan tegahan, sering membantu mereka dan melakukan perkara yang menyukakan hati mereka.

3. Menghormati dan menyayangi semua guru
    Untuk mendapat keberkatan daripada pengajaran guru, pelajar harus menghormati dan menyayangi guru. Pelajar yang membenci seseorang guru, sering gagal atau kurang cemerlang dalam pelajaran yang diajar oleh guru tersebut. Apabila kita menyayangi guru, kita akan suka kepada pelajaran yang di ajar.
    Diantara kaedah untuk mempamerkan rasa hormat dan sayang terhadap guru ialah dengan bersopan santun di depan mereka,mematuhi arahan dan nasihat, melakukan setiap gerak kerja sebaik mungkin, memberikan bantuan yang sewajarnya dan mendoakan mereka.

4. Berkawan dengan pelajar yang bersikap positif
    Pelajar yang cemerlang mempunyai ramai kawan, Kita boleh berkawan dengan semua orang tetapi biarlah kita akrab dengan orang yang baik dan bersikap positif. Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa:
" Allah menilai kita berdasarkan kawan-kawan kita"
    Jesteru itu, jika kita berkawan dengan orang yang baik, kita akan di nilai oleh Allah SWT sebagai orang yang baik. Begitu jugalah halnya jika kita berkawan dengan orang yang bersikap negatif, ditakuti Allah akan melihat kita sebagai orang yang tidak baik.

5. Membantu kawan yang memerlukan bantuan
    Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa:
    " Allah akan membantu hambaNya selama hambaNya membantu saudaranya".
    Oleh kerana itu, pelajar yang cemerlang akan sentiasa membantu kawan-kawannya yang memerlukan bantuan.Untuk mendapat kefahaman yang lebih baik mengenai sesuatu perkara, kita bantu orang lain untuk memahami perkara tersebut. Dengan perkataan lain, jika kita bantu orang lain jadi pandai, InsyaAllah kita akan menjadi lebih pandai. Hal yang demikian, janganlah sesekali kita tamak tentang ilmu.

6. Bermotivasi tinggi dan sentiasa melakukan sesuatu sebaik mungkin
    Setiap pelajar harus meyakini bahawa Allah itu maha adil, maha pemurah dan maha penyayang. Sehubungan dengan itu, kita harus yakin bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam keadaan "SEMUANYA SAMA TETAPI TIDAK SERUPA". Setiap individu mempunyai kehebatan dan bakat masing-masing. Orang yang cemerlang merupakan orang telah dapat menyerlahkan kehebatan dan bakat mereka. Orang yang kurang berjaya atau gagal adalah mereka yang masih belum atau gagal menyerlahkan kehebatan dan bakat  yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

7. Mahir mengenai strategi dan teknik pembelajaran yang cemerlang
    Semua pelajar berpotensi untuk menjadi individu yang cerdas pintar. Malahan, sesorang itu mampu untuk menjadi pintar (genius) jika dapat meningkatkan tahap penggunaa mindanya. Malangnya ramai pelajar yang engan atau mungkin tidak tahu menggunakan potensi minda yang amat menakjubkan.

Sabtu, 30 Julai 2011

Meh.....Rasa kek batik ummi...

ini resipinya....

1. mentega 250g
2. tepung 1 1/2 cawan (cawan sedang2 la... jgn guna jug plak...)
3. gula 1 cawan (suka hati la nak kurang manis... setengah cawan pun ok...)
4. milo 1 pek (yg harga 3 ringgit lebih tu)
5. susu pekat 1 tin
6. koko 2 sudu
7. telur 5 biji
8. biskut marie
9. sedikit kacang cincang atau nestum... (kasi sedap lagi....)
caranya.....
1. mula-mula masakkan mentega tu hingga cair dalam kuali...
2. kemudian masukkan semua bahan2 tu satu persatu.... sudah sebati baru masukkan telur... gaul sampai masak... pastu masukkan biskut marie....
3. akhir sekali... letak la kacang atau nestum atau kedua-duannya sekali....
4. masuk dalam loyang.... lepas tu bolehlah di bedal....

Jumaat, 22 Julai 2011

Mutiara Hikmah.....

Wanita yang bijaksana mampu
mengybah sahara yang gersang
menjadi taman yang segar
nyaman menghijau...


Nikmatilah musim semi dengan kesegarannya
minyak kasturi dengan wangiannya
dan gunung-ganang dengan kekukuhannya...

Jangan berputus asa menyaksikan peredaran hari
kerana ia adalah ketetapan
dan ketentuan Allah...





Emasmu adalah agamamu
perhiasanmu adalah budi pekertimu
dan hartamu adalah sopan santunmu..


Memadailah Allah sebagai
penolong kami dan Allah adalah
sebaik-baik Pelindung...





Dukacitamu tidak akan berkekalan
dan ia tidak akan mengembalikan semula
apa yang sudah luput dari anda...

Khamis, 21 Julai 2011

Kalung Emas Wanita Paling Bahagia

Alangkah banyaknya nikmat Allah pada dirimu....
Bayarlah doa orang-orang fakir dan cinta orang-orang miskin dengan membantu mereka..Redalah dengan apa sahaja yang Allah berikan kepadamu, nescaya andalah orang yang paling kaya....

Biar sedikit asal bahagia dari banyak tetapi menderita....
Allah suka kepada orang-orang yang bertaubat, kerana mereka kembali dan mengadu hanya kepadaNya. Segala puji adalah kepunyaan Allah yang telah melenyapkan segala dukacitamu...


Halakan matamu ke atas dan lupakan yang lain....
Meninggalkan dosa adalah satu perjuangan, sedangkan melakukannya adalah penderhakaan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman...