Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramdhan, agar dapat kita memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan mulia ini....
Takrif Solat Terawih
Menurut Bahasa : Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.
Menurut Istilah : Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas Isya' dan berakhir dengan masuk waktu Subuh, tidak termasuk sunat Ratibah Isya' dan solat Witir.
Dinamakan Terawih kerana orang melakukanya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam)
Solat Terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah dari Al-Quran.
Waktu Melakukan Solat Terawih
Sebagaimana Hadis Rasulullah : " Sesiapa yang berdiri (Beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang lepas. " Sahih Muslim
Berdasarkan hadis ini, tempoh menunaikan solat Terawih ialah sesudah masuk waktu solat Isya' sehingga sebelum waktu solat Subuh. Ini bererti sesiapa yang tidak dapat melakukanya pada awal malam maka bolehlah melakukanya pada pertengahan atau akhir malam
Hukum Solat Terawih
Solat Terawih hukumnya sunat Mu'akad, iaitu amalan sunat yang sangat dituntut. Rasulullah SAW telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat dan tidak wajib.
Khamis, 4 Ogos 2011
Ramadhan muncul lagi.....
Dicatat oleh Zailahwati Bt Othman di 7:11 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan