1. Taat kepada Allah SWT
Seseorang itu menjadi cemerlang bukanlah kerana usaha, doa dan tawakkalnya kepada Allah SWT semata-mata. Ramai orang yang belajar dan bertindak dengan bersungguh-sungguh dan berdoa tetapi tidak mendapat kejayaan yang diharapkan.Kejayaan dan kecermelangan adalah anugerah dan rahmat daripada Allah SWT. Jesteru itu, kita mesti taat mengerjakan semua perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.Mudah-mudahan dengan cara ini kita akan dianugerahkan kecermelangan yang kita harapkan.
2. Menghormati dan menyayangi kedua ibu bapa
Pesan Rasulullah SAW:
" Barangsiapa yang tidak mendoakan kedua orang tua mereka maka akan tertutup pintu rezeki"
Lantaran itu, setiap pelajar harus menghormati ibu bapa dengan mendoakan mereka, patuh kepada suruhan dan tegahan, sering membantu mereka dan melakukan perkara yang menyukakan hati mereka.
3. Menghormati dan menyayangi semua guru
Untuk mendapat keberkatan daripada pengajaran guru, pelajar harus menghormati dan menyayangi guru. Pelajar yang membenci seseorang guru, sering gagal atau kurang cemerlang dalam pelajaran yang diajar oleh guru tersebut. Apabila kita menyayangi guru, kita akan suka kepada pelajaran yang di ajar.
Diantara kaedah untuk mempamerkan rasa hormat dan sayang terhadap guru ialah dengan bersopan santun di depan mereka,mematuhi arahan dan nasihat, melakukan setiap gerak kerja sebaik mungkin, memberikan bantuan yang sewajarnya dan mendoakan mereka.
4. Berkawan dengan pelajar yang bersikap positif
Pelajar yang cemerlang mempunyai ramai kawan, Kita boleh berkawan dengan semua orang tetapi biarlah kita akrab dengan orang yang baik dan bersikap positif. Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa:
" Allah menilai kita berdasarkan kawan-kawan kita"
Jesteru itu, jika kita berkawan dengan orang yang baik, kita akan di nilai oleh Allah SWT sebagai orang yang baik. Begitu jugalah halnya jika kita berkawan dengan orang yang bersikap negatif, ditakuti Allah akan melihat kita sebagai orang yang tidak baik.
5. Membantu kawan yang memerlukan bantuan
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa:
" Allah akan membantu hambaNya selama hambaNya membantu saudaranya".
Oleh kerana itu, pelajar yang cemerlang akan sentiasa membantu kawan-kawannya yang memerlukan bantuan.Untuk mendapat
kefahaman yang lebih baik mengenai sesuatu perkara, kita bantu orang lain untuk memahami perkara tersebut. Dengan perkataan lain, jika kita bantu orang lain jadi pandai, InsyaAllah kita akan menjadi lebih pandai. Hal yang demikian, janganlah sesekali kita tamak tentang ilmu.
6. Bermotivasi tinggi dan sentiasa melakukan sesuatu sebaik mungkin
Setiap pelajar harus meyakini bahawa Allah itu maha adil, maha pemurah dan maha penyayang. Sehubungan dengan itu, kita harus yakin bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam keadaan "SEMUANYA SAMA TETAPI TIDAK SERUPA". Setiap individu mempunyai kehebatan dan bakat masing-masing. Orang yang cemerlang merupakan orang telah dapat menyerlahkan kehebatan dan bakat mereka. Orang yang kurang berjaya atau gagal adalah mereka yang masih belum atau gagal menyerlahkan kehebatan dan bakat yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
7. Mahir mengenai strategi dan teknik pembelajaran yang cemerlang
Semua pelajar berpotensi untuk menjadi individu yang cerdas pintar. Malahan, sesorang itu mampu untuk menjadi pintar (genius) jika dapat meningkatkan tahap penggunaa mindanya. Malangnya ramai pelajar yang engan atau mungkin tidak tahu menggunakan potensi minda yang amat menakjubkan.