Optimislah, meskipun anda berada di tengah-tengah badai dan angin taufan.Sesungguhnya selepas kesusahan itu akan ada kemudahan..
Hari esok akan menghapuskan semua mimpi buruk, mengusir semua kesedihan dan menggantikannya dengan canda dan tawa. Allah kelak akan menjadikan kelapangan selepas kesempitan..
Emasmu adalah agamamu, perhiasanmu adalah budi pekertimu dan hartamu adalah sopan santunmu. Memadailah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung..
Setiap manusia pasri mengharungi liku-liku kehidupan, tidak kira sama ada ia penghuni istana atau penghuni pondok... Tetapi siapa yang bahagia? Sesungguhmya hanya Allah Tuhanku. Aku tidak menyekutukan-Nya dengan selain- Nya..
Jika kesedihan anda semakin menjadi-jadi, penderitaan semakin teruk, ucapkanlah "La Illahaillalah", maka kesabaran itu adalah yang terbaik..
Serahkanlah orang zalim kepada budi bicara makhkamah akhirat, dimana tidak ada hakim selain Allah. dari masa ke semasa adalah peluang untuk berbuat sesuatu..
Penyakit merupakan keadaan yang sukar tetapi membawa khabar gembira, manakala kesihatan adalah perhiasan yang tiada tolok bandingnya. Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim..
Berjanjilah dengan diri anda bahawa dalam setiap saat satu pujian, setiap minit satu gagasan dan setiap jam satu tindakan. Siapakah yang akan mengabulkan (permintaan) orang yang sedang dalam kesusahan jika ia berdoa kepada Allah..
Prihatinlah kepada anak yatim nescaya anda akan beroleh keredhaan Yang Maha Pemurah dan dimasukkan ke dalam syurga..
Sembahyang akan memberi ketenteraman dan melenyapkan kegelisahan.....
Khamis, 21 Julai 2011
Pedoman Hidup Wanita Paling Bahagia...
Dicatat oleh Zailahwati Bt Othman di 10:25 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan