Bunga 1 : Contohilah serangga lebah yang hanya hinggap di atas debungaan yang sedang mekar dan di ranting- ranting yang runcing..
Bunga 2 : Berjanjilah dengan diri anda bahawa tidak sesekali akan mengungkap dan mencari- cari kekurangan dan kesalahan orang lain..
Bunga 3 : Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama anda, jadi tidak ada sebab untuk anda merasa takut ? Tetapi jika anda memusuhi Allah maka tidak ada lagi tempat anda bergantung harap..
Bunga 4 : Gelodak kedengkian akan merugikan diri sendiri, sedangkan api kecemburuan akan membakar apa sahaja..
Bunga 5 : Lakukan apa yang sepatutnya anda selesaikan hari ini, kerana hari esok belum tentu berpihak pada anda..
Bunga 6 : Jauhilah tempat yang mudah menjadi medan permusuhan dan perbalahan..
Bunga 7 : Jadikanlah dirimu memakai akhlak mulia supaya anda lebih indah berbanding jambangan bunga..
Bunga 8 : Jangan bosan dan jemu untuk berbuat baik, maka anda akan mendapat pujian dari mana-mana..
Bunga 9 : Serahkanlah urusan makhluk kepada Penciptanya, jangan peduli kepada setiap pendengki dan orang yang suka mencari musuh..
| Zaman kanak-kanak anak ummi yang penuh ceria |
0 ulasan:
Catat Ulasan